SELAMAT DATANG KE BLOG JASRIZA HAZIRA BINTI JAMALUDIN.. JOM FOLLOW

Friday, November 30, 2012

Dya kawan ku juga Abang ku Azmi Jamal Hussain

Pengenalan singkat memberikan aku erti dan pengajaran dalam satu perhubungan dinamkan persahabatan.. terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku. hanya satu sem di ILP KUALA LANGGAT, buatkan aku menghargai setiap detik persahbatan kita, mungkin tiada nilai setanding persahabatan ini.

Pekara lama usah di kenang, Tetapi aku masih ingin memohon kemaafan, aku akui aku telah menyakiti hati kamu ketika itu, mungkin kini kamu memaafkan, Tetapi jika ada parut dihati kesannya mungkin masih di rasai sehingga saat ini, aku juga mempunyai sebab mengapa aku pertahankan wanita yang kau cintai itu, bukan kerna cemburu tetapi aku x mahu kau mneyakiti wanita yang lemah itu.aku juga x mahu melihat kau disakiti, hakikat sebenar aku yang menyakiti hati kamu. aku x mampu untuk berterus terang kenapa? dan mengapa perkara itu harus aku rahsiakan sehingga hari ini.maafkan aku sahabat.

aku imbau kembali saat pertama kali aku di bandar raya kuala lumpur, aku pulang bersama kau, kau insan yang pertama mengajar aku menaiki bas sampai ke central market aku hargai kerna aku sedar aku hanya gadis kampung, yang tidak pernah biasa bersendirian di bandar kuala lumpur, aku masih ingat ketika itu kau bersama kawan india satu ilp , klalau tidak salah dya budak mekanikal or seni bina., kau bawa aku makan di restoran india, itu juga kali pertama aku jejak kaki dan makan capati dalam restoran india, mungkin kau sudah lupa saat itu, tapi aku x pernah lupa, kerna aku menghargai nilai persahabatan ini, aku akan tetap simpan kenangan ini, mungkin kau sahaja yang tidak tahu. 

bagi aku, sepatutnya kamu sudah lupakan aku, kerna aku telah menyakiti hati kamu, hari terakhir aku di ILP, kerna tiba2 membuat keputusan untuk sambung diploma di politeknik,saat itu kita masih tidak bertegur siapa, mungkin benci kau terhadap aku mendalam, sehingga aku memberi kata terakhir di hadapan kau, aku salam kau dan aku cakap kau abang aku, saat itu hati ini menangis untuk tinggalkan semua kenangan aku kau dan kawan2.itu semuanya sudah berakhir, aku rasa itu muka surat terakhir persahabatan aku bersama insan yang bernama AZMI.

masa aku di poli, sem2 yang terakhir kau tegur aku semula, terdetik di hati kecil aku, mungkin kau sudah memaafkan aku, mungkin tuhan pulangkan sahabat dan juga abangku semula. kenapa aku selalu ibarat kan kau sebagai abang aku, faktor umur mmg menjadi perantaraannya, tetapi salah satu sebab lagi, kau terlalu mengambil berat, menasihati aku umpama seperti seorang abang mnasihati adik perempuannya. 

kau pernah meminta tolong aku untuk siapkan kerja di redtone, aku bersengkang mata semata-mata ingin menolong kau, kerna cara ini sahaja dapat membalas budi baik kau selama ini, aku harap aku nak jadi kawan yg tidak akan menyakiti hati kau lagi..

ketika akhir2 aku di poli, bertimbun-timbun masalah muncul satu persatu, kau la org yang yang selalu memberi semangat, memberi kekuatan, memberi nasihat untuk aku teruskan perjalanan hidup aku, kau selalu call, tanya khabar, sebab tu aku terasa terhutang budi, menitis air mata aku, walaupun kita pernah bermusuh untuk satu ketika dahulu, tapi kau muncul sebagai sahabat yg terlalu mengambil berat, aku bersyukur kerna ALLAH dan pulangkan kembali sahabat aku.aku berjanji pada diri aku, sperti mana kau ada ketika aku memerlukan kau sewaktu aku  mempunyai rmaslah, aku juga akan ada untuk kau ketika kau perlukan,tapi kadang2 aku x tetapi janji diri aku, maafkan aku, aku hanya insan biasa yang x lari dari kesalahn.

terima kasih azmi, kau pernah menyuruh ku menulis sesuatu untuk kau ketika kau pernah terbca aku menulis sesuatu di blog tetang sahabat karib ku mas amalina, ini luahan hati aku hnya buat mu sahabat, maafkan aku seandainya kata-kata luahan ini menyakiti hati kamu, kepada mu Ya Allah terima kasih kerna pulangkan sahabat ku merangkap abang ku... :'(


Monday, March 26, 2012

crita mama...

aku ni anak perempuan yang terlalu banyak habiskan masa dengan mama, mungkin aku ni ank perempuan yang kecil, sebab tu mama banyak kongsi crita-crita dya dengan aku, kadang-kadang kakak-kakak aku pun x tahu crita mama, yup mama selalu bercerita, aku pula terpaksa kena dengar, kadang-kadang crita best, crita sedih n kadang-kadang crita bosan, ops sorry mama bab terjujur.. hehe..kadang-kadang bila dah bosan mama lak terpaksa kena dengar crita aku..

selama kami hidup mama x pernah crita tentang perkahwinan dya ngan abah, dya cakap semua tu hanya abah n dya ja tahu, mama aku ni, memang seorang pemalu, dya x kan mudah crita benda yg romantik bagi dya. tapi last-last aku tahu juga, mcm mana kisah cinta dya dengan abah, teror kan aku korek rahsia.. hehe tapi aku dah janji x kan crita kat sapa-sapa termasuk kakak, abang n adik aku.. biarlah aku je yang tahu..

tapi satu hari tu, aku tetarik dengan crita mama, bagi aku cerita tu yang paling sedih pernah mama crita kat aku, menitik juga air mata, nasib la masa tu mama drive aku kat sebelah, x berapa perasan sangat. mama cakap dulu mama bukan orang senang (kaya) tambah pula, mama bukan di besarkan dengan family betul, emak mama meningal masa mama di lahirkan, pastu ayah mama kasi mama kat org (adik beradik juga) mama tumpang kasih dengan mak angkat mama tu, mama cakap family tu baik sangat, tapi susah, family tu yang jaga mama dari kecil sampai mama kahwin ngan abah, tapi umor mak n ayah angakat mama x panjang, masa mama dapat anak sulung diorang meningal dunia, mama x sempat nk balas budi baik diorang, tapi diorang da pergi.

hidup mama susah sangat, hari-hari makan ikan darat, ikan keli tu cuma gi tangkap dalam sawah padi, semua makanan berasaskan ikan darat, mama cakap bila da terlalu banyak makan ikan darat sampai satu hari mulut dah x boleh nk trima lagi, sampai sekrang mama x pernah sentuh ikan darat lagi. kesian betul, kalau aku hidup zaman mama mesti aku x mampu teruskan hidup. di sebabkan miskin, rumah x ada tv, hiburan pun, kalau ada wayang kulit, kumpul duit gi tgk, tapi kadang2, tgk kat umah org, masa tu 2 buah rumah ja ada tv, sebab diorang senang skit, simpan duit 4 or 5 sen nk gi tgk tv kat umah org.. ya allah sedih nya keadaan mama masa tu.

bila mama dah tua, kehidupan pun senang sikit, syukur alhamdullah, tapi mama rasa terkilan sangat, bab mak n ayah dya x sempat nk rasa kesenangan hidup mcm mama rasa, mama x sempat nk kasi mak n ayah dya makan duit hasil yang dya cari selama ni, mama cakap dya terkilan sangat-sangat. aku pandang mama yg tgh drive tu, air mata dah bergenang kat kelopak mata.. aku harap mama tabah..

bila aku ingat-ingat balik crita mama ni, aku pula tertanya diri ini, sempat x mama n abah nak rasa hasil titik peluh aku, sempat x untuk aku balas jasa-jasa mereka yang terlalu banyak untuk aku.. mama dan abah terlalu banyak habiskan duit untuk aku, apa yang aku nak, pasti aku dapat, kadang-kadang aku x pernah nk bersyukur, kejam nya aku. ya  allah aku harap kau berikan kesempatan untuk aku membalas segala jasa-jasa mama n abah. berikan kesempatan untuk aku mengembirakan hari-hari mereka. berikan kesempatan untuk aku buktikan bertapa sayangnya aku pada mereka. kalau aku x sempat nk lakukan semua ni, psti aku juga akan terkilan seperti mana yang mama rasa sekarang.... hidup mati kita hanya pada kententuan ilahi, kita x mampu nk lawan qada n qadar, tapi jika masih di berikan kesempatan, insyallah aku pasti akan tuniakan apa yang aku janji kan demi untuk kedua ibubapa aku :'(

#b sayang mama n abah#...