SELAMAT DATANG KE BLOG JASRIZA HAZIRA BINTI JAMALUDIN.. JOM FOLLOW

Sunday, July 19, 2015

Lara Lagi

Hampir bertahun tak buka blog ni, mungkin dah berhabuk, Zaman skarang ni maih ada lagi ka manusia yg update blog, hope ada la supaya orang tak cakap aku ketingalan zaman. Umur aku dah cukup 25 tahun, hidup aku masih macam selulu, kawan-kawan sekeliling ku ramai yang mendirikan rumah tangga dan ramai juga yang meninmbang cahaya mata, alhamdulillah mungkin rezeki mereka awal, aku tetap masih single, tapi berkat doa kedua ibubapa ku, alhmdulillah aku dah berkerja, dah mampu berdikari sendiri. "Proud to my self" poyo pula.

Hari ni raya 3 bulan syawal tahun 2015, terasa hati nk update blog aku yang bersawang ni. Banyak pula idea yang mencurah-curah untuk aku karang, biasa la umur dah meningkat tapi masih hidup sendiri, mungkin rezeki aku lamabt, insyallah doa-doakan mudah-mudahan aku juga bakap kecepi kebahagian seperti mana orang lain miliki.

Umur 25, sepatutnya dlm ikut sejarah keluarga aku, kakak-kakak aku semua dah kahwin, Aku masih hidup sendiri, nak kahwin, tapi dengan siapa, mungkin jodoh aku lambat, kadang-kadang hidup ni kalau tak jodoh awal, mungkin ajal yg awal, hidup kita sudah diatur. mungkin tiada jodoh di dunia akan ada jodoh di syurga sana. pasrah dan redha dengan setiap ketentuan ilahi, kita hanya dilahirkan sebagai hambanya, berusaha dan berdoa semoga semua doakan kita akan di makbulkan insyaallah.

Cinta? sebut pasal cinta tipu la kalau aku cakap aku tak pernah bercinta, aku kalau start bercinta aku mudah percaya sampai satu tahap aku ditipu hidup-hidup. sedih juga dengan nasib malang aku ni, tapi mungkin rezeki aku mcm ni. kalau kau baik macam mana pun, kalau lelaki tu cuma hadir untuk permainkan hidup kau, pergunakan kabaikan kau, kau sendiri x expect. perempuan kalau dah di beri janji-janji manis, pasti dia akan percaya, last-last diri sendiri juga yg terluka.

Sedih? Semestinya sedih, kau mngharapkan dia yang akan jadi lelaki terakhir, yang akan mebimbing kau kejalan kebenaran, yang bakal mengimamkan setiap solat kau, yang akan menikahi kau dan jadikan kau isteri solehah, mungkin ini semua hanya mimpi kau di siang hari. Dia cuma hadir jadikan kau bahan mainan, sudah bosan kau dicampak di mana-mana saja, untuk ambil peduli mungkin jauh skali, kau dah lansung tak ada guna dalam hidup dia, untuk apa lagi diri kau perlu dipeduli.

Hidup ni kadang-kadang merana juga, aku sendiri tidak kenal diri aku, bila terlalu fikir aku sendiri xdapat kawal diri aku, mungkin terlalu tertekan dan mungkin juga terlalu mengharap cinta yg di angap untuk berkekalan selamnya tapi sebenarnya palsu berlaka.





Friday, November 30, 2012

Dya kawan ku juga Abang ku Azmi Jamal Hussain

Pengenalan singkat memberikan aku erti dan pengajaran dalam satu perhubungan dinamkan persahabatan.. terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku. hanya satu sem di ILP KUALA LANGGAT, buatkan aku menghargai setiap detik persahbatan kita, mungkin tiada nilai setanding persahabatan ini.

Pekara lama usah di kenang, Tetapi aku masih ingin memohon kemaafan, aku akui aku telah menyakiti hati kamu ketika itu, mungkin kini kamu memaafkan, Tetapi jika ada parut dihati kesannya mungkin masih di rasai sehingga saat ini, aku juga mempunyai sebab mengapa aku pertahankan wanita yang kau cintai itu, bukan kerna cemburu tetapi aku x mahu kau mneyakiti wanita yang lemah itu.aku juga x mahu melihat kau disakiti, hakikat sebenar aku yang menyakiti hati kamu. aku x mampu untuk berterus terang kenapa? dan mengapa perkara itu harus aku rahsiakan sehingga hari ini.maafkan aku sahabat.

aku imbau kembali saat pertama kali aku di bandar raya kuala lumpur, aku pulang bersama kau, kau insan yang pertama mengajar aku menaiki bas sampai ke central market aku hargai kerna aku sedar aku hanya gadis kampung, yang tidak pernah biasa bersendirian di bandar kuala lumpur, aku masih ingat ketika itu kau bersama kawan india satu ilp , klalau tidak salah dya budak mekanikal or seni bina., kau bawa aku makan di restoran india, itu juga kali pertama aku jejak kaki dan makan capati dalam restoran india, mungkin kau sudah lupa saat itu, tapi aku x pernah lupa, kerna aku menghargai nilai persahabatan ini, aku akan tetap simpan kenangan ini, mungkin kau sahaja yang tidak tahu. 

bagi aku, sepatutnya kamu sudah lupakan aku, kerna aku telah menyakiti hati kamu, hari terakhir aku di ILP, kerna tiba2 membuat keputusan untuk sambung diploma di politeknik,saat itu kita masih tidak bertegur siapa, mungkin benci kau terhadap aku mendalam, sehingga aku memberi kata terakhir di hadapan kau, aku salam kau dan aku cakap kau abang aku, saat itu hati ini menangis untuk tinggalkan semua kenangan aku kau dan kawan2.itu semuanya sudah berakhir, aku rasa itu muka surat terakhir persahabatan aku bersama insan yang bernama AZMI.

masa aku di poli, sem2 yang terakhir kau tegur aku semula, terdetik di hati kecil aku, mungkin kau sudah memaafkan aku, mungkin tuhan pulangkan sahabat dan juga abangku semula. kenapa aku selalu ibarat kan kau sebagai abang aku, faktor umur mmg menjadi perantaraannya, tetapi salah satu sebab lagi, kau terlalu mengambil berat, menasihati aku umpama seperti seorang abang mnasihati adik perempuannya. 

kau pernah meminta tolong aku untuk siapkan kerja di redtone, aku bersengkang mata semata-mata ingin menolong kau, kerna cara ini sahaja dapat membalas budi baik kau selama ini, aku harap aku nak jadi kawan yg tidak akan menyakiti hati kau lagi..

ketika akhir2 aku di poli, bertimbun-timbun masalah muncul satu persatu, kau la org yang yang selalu memberi semangat, memberi kekuatan, memberi nasihat untuk aku teruskan perjalanan hidup aku, kau selalu call, tanya khabar, sebab tu aku terasa terhutang budi, menitis air mata aku, walaupun kita pernah bermusuh untuk satu ketika dahulu, tapi kau muncul sebagai sahabat yg terlalu mengambil berat, aku bersyukur kerna ALLAH dan pulangkan kembali sahabat aku.aku berjanji pada diri aku, sperti mana kau ada ketika aku memerlukan kau sewaktu aku  mempunyai rmaslah, aku juga akan ada untuk kau ketika kau perlukan,tapi kadang2 aku x tetapi janji diri aku, maafkan aku, aku hanya insan biasa yang x lari dari kesalahn.

terima kasih azmi, kau pernah menyuruh ku menulis sesuatu untuk kau ketika kau pernah terbca aku menulis sesuatu di blog tetang sahabat karib ku mas amalina, ini luahan hati aku hnya buat mu sahabat, maafkan aku seandainya kata-kata luahan ini menyakiti hati kamu, kepada mu Ya Allah terima kasih kerna pulangkan sahabat ku merangkap abang ku... :'(


Monday, March 26, 2012

crita mama...

aku ni anak perempuan yang terlalu banyak habiskan masa dengan mama, mungkin aku ni ank perempuan yang kecil, sebab tu mama banyak kongsi crita-crita dya dengan aku, kadang-kadang kakak-kakak aku pun x tahu crita mama, yup mama selalu bercerita, aku pula terpaksa kena dengar, kadang-kadang crita best, crita sedih n kadang-kadang crita bosan, ops sorry mama bab terjujur.. hehe..kadang-kadang bila dah bosan mama lak terpaksa kena dengar crita aku..

selama kami hidup mama x pernah crita tentang perkahwinan dya ngan abah, dya cakap semua tu hanya abah n dya ja tahu, mama aku ni, memang seorang pemalu, dya x kan mudah crita benda yg romantik bagi dya. tapi last-last aku tahu juga, mcm mana kisah cinta dya dengan abah, teror kan aku korek rahsia.. hehe tapi aku dah janji x kan crita kat sapa-sapa termasuk kakak, abang n adik aku.. biarlah aku je yang tahu..

tapi satu hari tu, aku tetarik dengan crita mama, bagi aku cerita tu yang paling sedih pernah mama crita kat aku, menitik juga air mata, nasib la masa tu mama drive aku kat sebelah, x berapa perasan sangat. mama cakap dulu mama bukan orang senang (kaya) tambah pula, mama bukan di besarkan dengan family betul, emak mama meningal masa mama di lahirkan, pastu ayah mama kasi mama kat org (adik beradik juga) mama tumpang kasih dengan mak angkat mama tu, mama cakap family tu baik sangat, tapi susah, family tu yang jaga mama dari kecil sampai mama kahwin ngan abah, tapi umor mak n ayah angakat mama x panjang, masa mama dapat anak sulung diorang meningal dunia, mama x sempat nk balas budi baik diorang, tapi diorang da pergi.

hidup mama susah sangat, hari-hari makan ikan darat, ikan keli tu cuma gi tangkap dalam sawah padi, semua makanan berasaskan ikan darat, mama cakap bila da terlalu banyak makan ikan darat sampai satu hari mulut dah x boleh nk trima lagi, sampai sekrang mama x pernah sentuh ikan darat lagi. kesian betul, kalau aku hidup zaman mama mesti aku x mampu teruskan hidup. di sebabkan miskin, rumah x ada tv, hiburan pun, kalau ada wayang kulit, kumpul duit gi tgk, tapi kadang2, tgk kat umah org, masa tu 2 buah rumah ja ada tv, sebab diorang senang skit, simpan duit 4 or 5 sen nk gi tgk tv kat umah org.. ya allah sedih nya keadaan mama masa tu.

bila mama dah tua, kehidupan pun senang sikit, syukur alhamdullah, tapi mama rasa terkilan sangat, bab mak n ayah dya x sempat nk rasa kesenangan hidup mcm mama rasa, mama x sempat nk kasi mak n ayah dya makan duit hasil yang dya cari selama ni, mama cakap dya terkilan sangat-sangat. aku pandang mama yg tgh drive tu, air mata dah bergenang kat kelopak mata.. aku harap mama tabah..

bila aku ingat-ingat balik crita mama ni, aku pula tertanya diri ini, sempat x mama n abah nak rasa hasil titik peluh aku, sempat x untuk aku balas jasa-jasa mereka yang terlalu banyak untuk aku.. mama dan abah terlalu banyak habiskan duit untuk aku, apa yang aku nak, pasti aku dapat, kadang-kadang aku x pernah nk bersyukur, kejam nya aku. ya  allah aku harap kau berikan kesempatan untuk aku membalas segala jasa-jasa mama n abah. berikan kesempatan untuk aku mengembirakan hari-hari mereka. berikan kesempatan untuk aku buktikan bertapa sayangnya aku pada mereka. kalau aku x sempat nk lakukan semua ni, psti aku juga akan terkilan seperti mana yang mama rasa sekarang.... hidup mati kita hanya pada kententuan ilahi, kita x mampu nk lawan qada n qadar, tapi jika masih di berikan kesempatan, insyallah aku pasti akan tuniakan apa yang aku janji kan demi untuk kedua ibubapa aku :'(

#b sayang mama n abah#...

Saturday, December 17, 2011

Mencari Solehah...

tajuk entry kali ni Mencari Solehah.  Realiti yang di cari untuk jadi kan diri aku lebih baik dari sekarang.

aku ngaku diri aku jahil, aku ngaku diri aku x solehah seperti perempuan lain, aku ngaku aurat aku sentiasa terbuka, rambut perkara utama. tapi semakin meningkat usia aku, semakin terbuka fikiran aku untuk berubah ke arah kebaikan, aku masih mencuba dan terus mencuba sehingga ke akhir hayat aku, aku harap satu hari nanti aku pasti temui Nur(cahaya) yang aku cari selama ni.

aku di lahirkan dalam keadaan begitu, aku di besarkan dalam keadaan bergitu, soal aurat bukan tiada teguran, teguran tu sentiasa ada dari ibu bapa, tapi tidak di beri tekanan yg mendalam, aku x salahkan kedua ibubapa ku, aku tau manusia ni lalai, tapi dengan izin allah insyallah satu hari nanti segalanya pasti berubah, plezz jgn judge aku dengan pekara yg lalu, sebab x semua manusia di lahirkan dalam keadaan soleh dan solehah, hanya pengalaman yg pasti mngajar kita erti mendewasakan diri dan erti memperbaiki kesilapan yg pernah aku lakukan.

aku mohon pada mereka yang selalu mengkritik dan menghukum aku dengan kata-kata mereka, beri lah aku nasihat, insyallah dengan izin allah aku pasti berubah. setiap nasihat yg baik dan yang berguna pasti aku ambil, plez jgan paksa, aku takut jika di paksa, aku takut aku tidak ikhlas pada diri sendiri dan pada ilahi.

kita x dilahirkan terus menjadi soleh dan solehah, tapi kita mencari supaya kita kecapi hajat ilahi, manusia biasa selalu melakukan kesilapan, tegur dan nasihatlah aku untuk jadi insan yg sempurna, insan yang di redhai oleh ilahi.doakan aku setiap dalam solatmu  supaya aku x lalai, supaya aku x lupa untuk menyembah Allah, dan supaya aku sentiasa menjaga aurat-aurat ku. Aku juga pasti sentiasa berdoa supaya satu hari nanti aku kecapi Solehah yang di cari AMIN....

Friday, November 25, 2011

.......

3.45 Ptg...
Dewan Harum Manis..

Detik ini hati aku menjadi sayu, aku cuba tahan, tapi menitis juga air mata jernih ni di pipi, hati berbisik sabar jasriza, dalam dewan, focus jawab exam. detik ini juga semua kenagan dalam ingatan bagai bermain-main di dalam hati. hati aku trus menangis.

(48 jam sebelum)
hari ini aku tension banyak masalah yg perlu aku setel, banyak duit yang perlu aku keluarkan sehinggakan dalam purse aku ada RM4 saja. tapi sapa pun x tahu benda ni, xkan aku nk crita, nanti orang cakap cari publisiti murahan, hanya roomate aku ja yg tahu, dya blanja aku makan ari ni, huh sedih cerita ni.. 

report akhir belum siap, aku nk kena edit sebab mmg tu keja aku, bertambah lak masalah yang aku lalui hari sebelum-belum ni, menjadikan diri aku bertambah tension, aku cuba tahan, tapi aku hanya manusia biasa, aku x mampu nak tahan, bukan aku x nak balas msg tu, tapi serius krdit aku x dak sesen pun, tiba-tiba aku rasa lain macam. Macam merajuk ngan aku, aku dah la masalah banyak, x dak org nak faham aku, aku tension sangat-sangat, aku ambil keputusan diam kan diri, sapa pun  aku x tegur, aku minta maaf, ini yang patut aku luahkan, aku pening, aku takut benda yang lama berulang lagi, 2 ari lagi nak exam, aku terus sepikan diri, kurung diri dalam bilik, aku rasa ini yang terbaik untuk diri aku, aku x nak fail lagi... yup mmg aku ngaku, aku selfish, tapi aku dah x tahan nk tangung semua kutukan org, aku dah x tahan dihina sebegitu teruk. org x pernah rasa apa yg aku alami, org x pernah tahu berapa banyak air mata ni mengalir tak henti-henti. hanya aku saja yang tahu hidup aku. sekali lagi aku minta maaf pada yg berkenaan..

2.00 ptg  24.11.2011
keluar dari bilik pensyarah, ingatkan nak ke dewan tapi hujan terpaksa stay kat situ, aku tau semua ada kat situ, tapi aku x mampu nk bertegur sapa, aku tahu ada yang perli aku, kalau hampa semua kat tempat aku, hampa pasti terluka, sebab tu aku pergi cepat2 dari situ, bila aku bertambah tension, aku bertambah marah, wall fb jadi tempat aku maki hamun, tapi aku dah x nak diangap bodoh, aku biarkan.. focus skarang pada exam. ini ja yang tentukan hidup aku, aku harap masa yang akan datang tiada lagi hinaan dan cacian dari mereka yang sangat x bertangungjawab. insyallah aku pasti mampu lakukan..

kepada yang berkenaan, aku minta maaf, aku hanya manusia biasa yang x lekang dari lakukan kesilapan, tapi kamu juga bergitu, kita manusia x sempurna, adakala kita sedar dan ada kala kita lupa. andai anda memiliki kawan baru selepas ni, tlg la faham perasaan kawan anda, adakala dya bergembira, adakala dya bersedih hati dan adakala masalah bertimbun-timbun yang perlu dya fikir. saya harap awak faham.. ni luahan hati saya untuk anda...

Sunday, November 20, 2011

Membebankan & Mengecewakan

maafkan b..
dalam hidup b, terlalu banyak b bebankan mama dan abah, b kecewakan hati mama dan abah, b mula rasa b anak yang paling x guna dalam hidup ni.

maafkan b..
b gagal dalam diri b, dalam masa yang sama b gagal tunjukkan pengorbanan b untuk mama dan abah.

maafkan b..
terlalu banyak masalah yg b buat sepanjang b hidup di dunia ni, mungkin abah dan mama letih dengan sikap dan peragai bodoh b.

maafkan b..
b x pandai, b x dapat nak bahagiakan mama dan abah dengan result-result peperiksaan lain, b x mcm anak-anak org lain, yang selalu berjaya, result b hanya cukup-cukup makan, ada kala gagal.

maafkan b..
b memalukan mama ngan abah, b x pernah buat mama ngan abah gembira, b selalu bebankan mama ngan abah, banyak duit mama ngan abah habiskan untuk b, tapi b x penah bagi keputusan yang baik dalam hidup mama dan abah.

maafkan b..
mama n abah, b sedih sangat mlm ni, b tau mama ngan abah lagi sedih memiliki anak mcm b, b fikir sampai bila b harus bebankn mama dan abah dengan masalah b, b x tau jwapan pasti, b harap sangat mama dan abah maafkan b...

b syg mama dan abah, maafkan segala dosa-dosa b...

Saturday, October 8, 2011

Saya Mahu Awak Tahu...

Awk, saya pasti awak akan baca entry saya selepas saya link ke FB..


  • Awk pekara pertama yang saya nak awak tahu, saya sayangkan awak....
  • Awk x lama lagi kita akan berpisah, saya sedih bila asyik menghitung hari ja, tapi saya tak tahu, bagaimana pulak perasaan awak..
  • Awk tq selamatkan saya dari pekara jahil, yang pernah saya lakukan..
  • Awk nanti saya dah tak dak tempat untuk saya kongsi masalh lagi, sapa nak dengar cerita-cerita saya? sapa nk gelak ketawa dengan saya lagi? sapa nak menangis denga saya lagi?
  • Awk selama 3 tahun perkenalan kita, kalau saya ada wat salah dan silap, maafkan saya awak..
  • Awk, saya selalu ketawa, awak pun tahukan perangai saya macam ni, saya minta maaf kalau awak terasa dengan gelak tawa saya tu, insyallah saya cuba control..
  • Awk setiap pertemua pasti akan hadir perpisahan, saya sedih nak berpisah ngan awak..
  • awak semua nya akan berakhir dan tingal saya sorang diri, saya sedih, dulu-dulu kita selalu bersama-sama.
  • awak tahu x, saya pernah menitis air mata saya untuk awak, sampai sekarang air mata ini still menitis kerana awak, saya takut untuk kehilangan awak, awak sahabat saya, saya x pernah rasa perasaan seperti ni.
  • awak, walaupun saya tahu, saya bukan kawan yang sempurna untuk awak, tapi saya banga berkawan ngan awak, kawan menangis susah nak cari..

awak setiap apa yg saya tulis ni, diiringi dengan air mata, saya x tahu mcm mana nak cakap lagi, perasaan sayu dalam hati saya semakin terasa, awak saya sedih sangat, saya ingat kita akan tamat bersama-sama, tapi semua ni hanya mimpi, awak akan pergi dulu, sebelum ni saya pernah bagi tahu awak yg saya syg kan awak, tapi hari ni saya nak awak tahu, saya syg awak sangat-sangat. awak jaga diri awak baik-baik, walaupun kita berpisah nanti, awak tetap sahabat saya dunia akhirat. awak juga pendegar setia luahan hati saya.. terima kasih awak. ( T_T )


Thursday, October 6, 2011

bila hati mula berbicara.....

setiap kali aku menghampiri dengan kebahagian, pasti aku sendiri yang memungkiri janji-janji aku. aku x mampu memberi kasih sayang aku seperti aku sayangkan dya, hampir bertahun-tahun benda ni berlalu tapi dya masih dalam hati aku, dya masih dalam jiwa aku, dya masih tersimpan rapi dalam kotak ingatan aku. sumpah aku sayangkan dya, mungkin dya yang pertama dan terakhir dalam hidup aku, meski pun aku x mampu untuk memiliki cinta dya, tapi melihat dya bahagia, aku juga turut bahagia. aku terlalu sayangkan dya, aku selalu inginkan insan yang hadir dalam diri ini seperti dya, aku ngaku aku salah, setiap manusia x sama, hargai mereka yang menyangi kita, tapi aku dah cuba, aku x mampu memberikan kebahagian, aku hipokrit, aku tipu diri aku, aku permainkan hati insan yang x bersalah, maafkan aku.. setiap kali aku fikir, perasaan sedih, kecewa pasti turut hadir dalam diri ini. ya allah aku sentiasa menunggu dan menanti dya hadir dalam hidup ini,aku sentiasa berdoa supaya aku di pertemukan dengan dya walaupun di akhirat kelak aku sanggup. Ya allah andai dya bukan untuk aku, kenapa, kau tak hapus kan semua ingatan tentang dya dalam fikiran aku, selama bertahun-tahun aku cuba untuk melupakan dya, tapi sampai saat ini dya tetap utuh dalam ingat aku....

berkali-kali aku mohon kemaafan kepada insan yang aku khianati, aku x bermaksud untk mainkan perasaan, aku juga inginkan kebahgian seperti mereka, aku cuba, tapi aku x mampu, aku x mampu memberikan kebahgian, aku x mampu, aku sedih ya allah.. aku letih dengan diri ini... maafkan aku alif, keputusan ini agak menyakitkan hati kamu, aku bersalah, tapi aku cuma nak kamu tahu, aku bukan seperti yang kamu sangka kan.. kamu tidak berada di tempat aku, kamu tidak merasa apa yang aku rasa. hidup aku terlalu sulit. maafkan aku..

aku blur, aku tak tahu mana lagi nak luah, hanya blog ni ja yang jadi teman aku ketika aku sedih, gembira ketawa, aku bersyukur masih ada tempat untuk aku luahkan apa yang aku pendam, kadang-kadang aku luah kan pada kawan, tapi aku takut org bosan dengan cerita aku, aku x nak bebankan kawan2 aku dengan masalah aku,tq pada kawan2 yang sering bagi nasihat kat aku.. hnya tuhan saja yang mampu balas segalanya..

Thursday, September 8, 2011

Maafkan Aku...

          entry kali ni, aku agak kecewa ngan diri sendiri, yup! sangat kecewa ngan diri aku... aku nak minta maaf, aku rasa mungkin belum terlambat untuk diri aku mohon  kemaafan pada insan yang penah aku kecewa atau luka kan hati dya...

          aku ngaku aku ego, aku kuat marah, aku kuat dendam, yes! semua ni sikap buruk aku, tapi aku marah bersebab, bila org buat aku marah, baru timbul perasaan macam ni, aku kuat dendam walaupun benda tu dah lepas, aku sangat ego, kalau itu bukan salah aku, aku susah nk beralah..

           ya allah teruk nya diri aku, teruknya perangai aku, aku selalu fikir, kenapa aku perlu beralah walaupun bukan silap aku, kenapa aku perlu minta maaf kalau itu bukan salah aku, kenapa aku perlu bersabar walaupun aku x buat salah.. aku ego, aku x fikir sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah nya, sebenarnya allah nak duga aku,allah nak lihat setakat mana tahap kesabaran aku.. nikmat org yang bersabar lagi bsar ganjaran dya daripada sikap ego yang aku tunjuk...

             semua manusia x perfect, sebab tu mesti ada yang buat salah, aku hukum org yang buat salah tu, dengan kata-kata makian aku, aku hukum dengan cerita-cerita aku, yaallah berdosanya aku... sepatutnya aku patut bersyukur, dugaan ni yang akan mematangkan diri aku.. tapi aku tetap ikut ego aku,sebenarnya aku penat fikir, aku pernah simpan crita sorang2 sampai satu masa aku x mampu nk berfikir lagi, aku sanggup cederakan diri aku, aku stress sebab tu aku perlu lepaskan pada org lain, tapi aku tau benda ni salah, umpama menghaibkan org yg bersalah tu. Ya allah kenpa aku terlalu ikut perangai syaitan, kenapa aku x pernah bersabar? adakah semua ni salah aku? adakah aku perlu redha ja apa yang jadi pada diri ini? adakah aku perlu berdiam dan bersabar melihat saja diri ini di perbodohkan? aku pening..

             aku ngaku kesalahan aku, aku rasa mnyesal dengan diri aku, aku sedih, setiap kali aku fikir benda ni...aku harap aku ada masa lagi untuk pohon kemaafan pada insan yang penah aku luka kan hati... aku harap suatu hari nanti aku pasti ubah diri aku,aku patut jadi lebih sabar, memaafkan org dengan seikhlas hati, kawal diri aku supaya x jadi macam ni lagi. insyallah.. Maafkan lah aku....

Wednesday, September 7, 2011

Kehilangan....

ku coba ungkap tabir ini
kisah antara kau dan aku
terpisah kan oleh ruang dan waktu
menyudutkanmu meninggalkanku

ku merasa tlah kehilangan
cintamu yang tlah lama hilang
kau pergi jauh kerena salahku
yang tak pernah menganggap kamu ada

asmara memisahkan kita
mengingatkan ku pada diri mu
gelora mengingatkan ku
bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

sejujurnya ku tak bisa
hidup tanpa ada kamu, aku gila
seandainya kamu bisa
mengulang kembali lagi cinta kita
takkan ku sia-siakan kamu lagi....

aku suka lirik lagu ni, sedih sangat… :'(

kita x hargai semasa dya ada, tapi kita menghargai setelah dya pergi..
hmmm.. ni la lumrah manusia sebenar.. 
hope satu hari nanti aku mampu wat keputusan lebih matang insyallah