SELAMAT DATANG KE BLOG JASRIZA HAZIRA BINTI JAMALUDIN.. JOM FOLLOW

Sunday, April 24, 2011

KECEWA

aku x tahu kenapa kali ni aku nak ja tulis pasal perasaan hati aku yang tengah kecewa. aku kecewa dan sedih.. kenapa aku kecewa?? aku sendiri pun x pasti kenapa?? tapi aku ada reason lain, aku selalu tanya kenapa dia x pernah hargai aku seperti mana aku hargai dia, susah sangat ka nak hargai aku?? atau pun dia fikir aku tiada nilai, sebab tu dia x pernah menghargai aku. aku bukan nak dia hargai aku seperti bidadari di syurga, kalau kita bukan di jodohkan bersama pun, aku x kisah kerna aku tahu jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan, Allah dah tetap kan siapa jodoh terbaik buat diri kita, tapi kenapa dia x pernah hargai aku seperti kawan?? aku x minta lebih pun.. 6 tahun aku tunggu untuk rasa dia hargai aku walaupun sekali, tapi aku kecewa, aku tetap x pernah merasainya walaupun sekali. 6 tahun bukan masa yg singkat, tapi aku x pernah sekali pun lupa kan dia, sehingga hari ni, dia masih ada dalam ingatan aku, setiap kata dan pekara yang dia lakukan tetap ada dan tersimpan rapi dalam kotak ingatan aku. mungkin kalau aku dah tak ada kat dunia ni, mungkin masa tu dia akan hargai aku, tapi semua tu dah terlambat. bila jasad aku pergi buat selama-lamanya, aku pasti akan padam semua pekara yang pernah aku simpan sepanjang aku mengenali dia.

p/s: untuk dia yang aku hargai, aku x kisah bila diri ini x pernah dihargai, tapi jangan lakukan benda yang sama pada org lain, biar aku saja yang rasa kesakitan ini. orang lain x patut rasa. maafkan aku jika kata-kata ini menguris hati kamu, kerana aku dah tiada tempat untuk aku mengadu hal, hanya blog ini tempat aku luahkan apa yang aku rasa. maafkan aku, aku doakan kau bahagia dunia akhirat, insyallah amin...

No comments: